Saturday, July 11, 2009

TV Pendidikan Oh TV Pendidikan

Ingat lagi masa darjah 1 di SK Bayas, berebut-rebut saya dan Mat Chot, Mat At, Det, Ishak, Idris, Asri dan rakan-rakan lain berlari ke hujung koridor sekolah untuk menghidupkan generator bagi menghasilkan bekalan elektrik. Tak lain tak bukan nak tengok TV Pendidikan. Gambar hitam putih. Kami teruja yang amat sangat. Kami belajar daripadanya. TV Pendidikan melalui pelbagai perubahan. Sekarang ada pula web-tv. Kata YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran - TV Pendidikan 'hebat'. World class. Namun hakikatnya ramai (pengurusan dan kepimpinan sekolah) yang mengabaikan dan memandang remeh fungsi TV Pendidikan/web-tv. Alasan yang diberikan mereka - sibuk dengan pelajaran dalam kelas dan tak sempat nak tengok atau layari.Saya utarakan ini kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sms. Beliau hargai pandangan saya. Hmmmm...

Langkawi Permata Kedah

Langkawi Permata Kedah. Demikian gelaran diberikan. Entahlah melihat rupa paras Pulau Langkawi sekarang tak ubah seperti perawan yang baru bangun tidur. Tidak terurus. Kusut masai. Seolah-olah sudah tiada yang ambil peduli. Entah di mana silapnya. Barangkali elok gelaran itu ditarik balik.